kasih ayah sepanjang masa ~I LOVE YOU AYAH~



sunguh semuanya bagaikan benar2 terjadi..
aku yang baru mampu melelapkan mata pukul 4 pagi dlm keadaan pening..
semuanya terjadi bagaikn reality

sungguhlaa..kasih ayah tu sangatlah besarnya..aku bermimpi..dan mimpi itu seolah-olah bagi tanda untuk aku..semuanya seperti flashback dalam mimpi..dan segalanya begitu pantas

Dalam mimpi tu..aku yang penat bekerja dengan minatku sendiri yang pada ibu tak ada masa depan..bila balik kerja..aku yang buat semua benda ...ibu yang hanya mengarah itu ini..tak terluah sedikitpun keluhan dimulut tapi dihati haanya Allah yang tahu...berperang hati ini menahan mulut dari keluar perkataan yang tak sepatutnya pada ibu sndiri..kerana aku tahu aku  sedar aku adalah anak yg  takguna dimananya..anak yang tiada masa depan dimatanya..aku sedar syurgaku dikakinya.

ayah lah orang yang paling menyokong aku dalam tak sedar...sentiasa backup aku bila aku keletihan..sentiasa bagi kata semangat agar aku terus bersabar dengan sgala perit kehidupan..sntiasa pesan untuk bersabar dengan karenah ibu yang kuat mngarah.. dengan katanya.."sabar jelah mi..mak ko memang macam tu..."dan kembali bergelak ketawa dengan lawaknya yang kadang tak menjadi..hahah..

segalanya berlaku  tersangat pantas..ayah yang lemah tak mampu buat apa2..aku yang sentiasa disamping ayah .memandikannya..membasuh berak kencingnya..memberinya makan minum.. dan ibu seperti biasa hanya tahu mengarah ku membuat itu ini..sedangkan dia nmpk aku tengah menguruskan ayah..ayah tahu aku penat..ayah tahu hati aku tengah berperang penahan mulut dr mengeluh mengeluarkan kata tak sepatutnya pada ibu....dan seperti biasanya..ketika aku tak mampu menahan sabar..kata keramat ayah terluah " sabar jelah mi..mak ko memang macam tu..." dan seperti biasa juga aku akan tenang kembali..


keadaan berubah seakan ada kenduri di rumahku.aku yang sedang bingung  cuba untuk memahami kenapa ramai yang datang bertandang..dan aku seperti kebiasaanya..baru lepas menuruskan ayah..meletakkan nya dikatil yang kini bertukar kepada katil bujang adikku..ayah hanya tersenyum melihatku kerjaku..
otakku mencerna keadaan kekeliling..orang ramai berpusu berjumpa ayah dengan membawa buku..'ouh..nk bagi ayah buku rupanya' sangkaku..aku tahu ayah sukakan buku..aku senang melihat ayah tersenyum berjumpa kenalannya..'happynya ayah..dalam lama tak nampak ayah happy macamtu sekali'..walaupun dalam keadaan tak sihat begitu..

namun sedang aku termenung.. sesuatu terlintas dihatiku..' manusia  hanya mengejar dunia semata, manusia yang bertopeng hipokrit....berebut- rebut buat baik dengan ayah dalam keadaan ayah yang begitu..sedang masa ayah sihat tidak pula menjenguk muka..seolah2 tak memahami keadaan ayah ..aku kesian dengan ayah..ayah adalah segalanya bagiku..kekuatan semangat untuk ku tika aku jatuh..' tanpa sedar airmata ku mula mengalir perlahan dan semakin sebak teresak-esak tak tertahan..akak datang menghampiri.dengan pandangan yg bbertanyakan kenapa aku nangis sebegitu'.  aku peluk akak untuk pinjamkan kekuatan dan aku hanya mampu berkata.."aku kesiankan ayah..aku tak dapat bayangkan macam mana aku hidup tanpa ayah nanti.."

sedang aku sebak..sekelip mata keadaan berubah seakan huru hara..terpinga2 aku mencerna keadaan..akak memberitau ayah sedang nazak..Allahu Akhbar..terjelepuk aku jatuh tika itu..seolah-olah tak percaya dengan kenyataan itu..baru sebentar cuma aku terbayangkan andai ketiadaa ayah disisi' sebak yang kian tenang kembali bertandang .dan semakin teresak-esak seolah tk cukup nafas aku menyedutnya..jiwaku seolah-olah mati begitu saja..otak yang baru mencerna keadaan memaksa ku merangkak mendapatkan ayah walaupun seluruh badanku lemah tak terdaya untuk bergerak kembali....aku mahu  disisi ayah hingga hujung hayatnya..itu harapku..

aku rasa marah yang teramat..manusia yang tadinya berkerumun bermuka-muka didepan ayah kini hanya memandangku sambil ketawa seolah mengejek sambil duduk lepak membuka gelanggang gosip..seperti kebiasaa masyarakat zaman kini yang datang ziarah kematian untuk mengumpat dan bergosip..bukannya mahu membacakan yassin untuk ayah..


sesampainya disisi ayah..ayah seperti biasanya..manahanku dengan kata keramatnya "masyarakat memang begitu..sabar jelah mi.."  . sebak kian tak tertahan..aku peluk ayah..memeinta ampun atas segalanya..namun ayah hanya tersenyum dan berkata" aimi ank yang paling baik..sanggup jaga ayah..sanggup bertabah dengan ibu..bersabar hingga akhirnya..ayah maafkan aimi..ayah sayang aimi..ayah menghmbuskan nafasnya yang terakhir dengan senyuman untukku..dan segalanya kabur..

aku terjaga dari tidur.dalam keadaan aku sedang sebak yang teramat menangis teresak-esak tanpa henti..aku mahu ayah disisi ..aku nk peluk ayah..nk minta ampun atas segalanya...dan janjiku dalam mimpi akan kutunaikan kini..insyaAllah.



0511-0730

Comments

Popular posts from this blog

IMAGINE A WOMAN ~AN INSPIRATIONAL POEM

it just a trowback