cukupkah ilmuku
Assalamualaikum w.b.t...hye uolls..
ok.sempena cuti seminggu yang diberikan pihak universiti
yang bertujuan untuk memberi peluang mahasisiwa study and rivise balik subjek
sebelum bermulanya final exam telah ku gunakan dengan sambil lewanya..demi
menulis blog ini..haha..(just kidding)..^-^
by the way entri kali ini aku aku mengambil
inisiatif untuk lebih serius sikit penulisannya..ceh..sikit jer..
entri kali bukan ditulis untuk tujuan provokasi
terhadap mana2 pihak..aku hanya sekadar membuka ruang berfikir kepada korang
dan mereka yang mahu menyampaikan kebenaran yang sebenar-benarnya.
Jika seseorang itu ikhlas mencari tuhan,dia akan
bertemu dengan jawapan sebenar iaitu hanya Allah tuhan yang wajib
disembah..Dalam usaha mencari tuhan,kebenaran itu sesungguhnya hanya satu.
Ramai kat luar sana yang nak mencari Tuhan,ramai
yang ikhlas nak mencari tuhan.
kebenaran sentiasa dicari dengan hati yang suci
dan dengan niat untuk hidup bersama landasan yang benar.Alhamdulillah..
Semua orang mahu merasai nikmat syurga dan
diatas sebab itulah kebenaran dicari.
manusia dianugerahkan hati.Hati dalam konteks
ini pula bukan dirujuk kepada organ dalaman yang berbentuk segumpal
darah.(cehh..masuk bab sains pulak..)TAPI hati yang memalitkan rasa ingin tahu
ingin mencari ingin mengasihi ingin dikasihi yang merasa ada sesuatu dalam diri
.Dalam meniti pengertian hati,ada sesuatu yang wajar diketahui iaitu hati
manusia diciptakan suci daripada kejahatan.Hati yang suci itu sentiasa mahu
mencari kebenaran dan mencari Tuhan yang menciptanya.
Apabila kebenaran itu sudah mampu dilihat dengan
mata hati,maka hati akan rasa senang dengan kebenaran itu.betul tak??
Berfikir adalah kuncinya kerana kebenaran itu
hanya untuk mereka yang berfikir.
berfikir menggunakan mata hati yang masih ada
sisa kesucian adalah jalan terbaik.
lihatlah segala petunjuk yang telah diberikan
Tuhan dan berfikir mengenainya menggunakan apa juga cara.walaupun
mengunakan sains untuk mencari tuhan,akhirnya mesti bertemu dengan kebenaran
jika meneliti segala ayatNya yang tidak pernah ada silap.
Perkara utama ialah usaha kita fokus kepada
mereka yang sedang mencari tuhan,tidak kira sama ada muslim or
non-muslim.pokoknya ialah ada orang yang mencari tuhan dan bantulah orang2 itu
mencari Tuhan.Jika tak dibantu,maka akan ada orang lain yang akan membantu
memperkenalkan Tuhan versi mereka kepada orang itu.Orang2 itu mahu mencari
tuhan yang sebenar kerana hati mereka berbisik kepada diri mereka untuk hidup
dalam kebenaran.
Tapi...
Macam mana kita nak bantu orang2 macam tu dalam
usahanya mencari tuhan sedangkan kita sendiripun bertuhankan
KEKASIH,DUIT,DUNIA.Ada sisi kelemahn dikalangan umat islam sendiri iaitu kurang
ilmu untuk membuktikan kebenaran .Umat islam masih dangkal terhadap ilmu,masih
meraba mencari fakta yang selari dengan keterangan al-quran untuk dihamparkan
kepada pencari tuhan.
andai ditakdirkan salah seorang daripada korang
bersoal jawab dengan paderi ,pasti korang akan terkedu mahu memberi
jawapan.Korang fikir korang terkedu hanya sekadar terkedu dan hanya sekadar
terkedu,tetapi sebenarnya korang gagal menyampaikan kebenaran agama Allah
kepada mereka.
Korang mengakui islam itu agama yang benar tapi
korang tidak mampu untuk menyampaikan kebenaran itu sendiri.
Atas sebab itu,umat islam gagal brdakwah kerana
tiada ilmu untuk membuktikan kebanaran.
Bagaimanapula kalau seorang kawan korang yang
beragama kristian dan suruh korang menceritakan mengenai islam kepadanya.
korang mesti rasa seronok apabila dia
menunjukkan minat kesungguhan untuk mengenali islam
tapi apabila korang ditanya kawan itu mengenai
pembuktian kebenaran tauhid dan al-quran, adakah korang mampu bagi jawapan?
orang itu bersunggu-sungguh mencari
kebenaran,dia tanya banyak soalan kepada korang supaya korang boleh meyakinkan
dia mengenai kebenaran islam.
tapi malangnya korang gagal memberi bukti kerana
tidak cukup ilu.dia sudah bersungguh-sungguh ,tapi korang lak gagal.fail.
kegagalan itu menyelubungi umat islam hari
ini.gagal menguasai ilmu yang bermanfaat untuk menegakkan agama Allah iaitu
islam.
jangan cepat berasa seronok apabila ada orang
yang mahu memahami islam,sebaiknya ialah cuba menguasai pelbagai ilmu.
ini tidak,baru baca 1 buku sudah pandai ajak
oang berdebat.mula2 minta pendapat,bila tak selari mulalah nak berdebat.bila
kau baca 10 buku atau lebih,kau akan temui pendapat berbaza-beza.
jangan rasa satu buku yang baru saja kau baca tu
adalah paling tepat.sebaiknya ialah cuba kuasai pelbagaiilmu supaya kita dapat
yakinkan orang islam dan tak pula terkedu bila dilontarkan pelbagai soalan.
jika ora2ng itu bertanya banya soalan ,ia satu
proses biasa bagi orang yang mahu belajar.jangan pula berpeluh kalau diserbu
banyak soalan daripadanya.carilah ilmu untuk menyediakan jawapan kepada orang2
itu.
so..let's think about it..
bila ada kes murtad,kita selalunya akan ambil
cara berjihad di facebok dan maki hamun sepuas-puasnya.Bukannya nak
menolong.kalau tak mampu menolong,jangan menyibuk.Nanti bertambah lagi satu
PENYIBUK.bak kata hlovate:
"jangan menalahkan mereka yang larut
hanyut,
jika tak pernah mencuba tarik mereka yang lemas
dan tenggelam,
apatah lagi nak menggajarkan mereka berenang
atau meminjamkan pelampung"
we are not supposely rumitkan keadaan..apa guna
Tuhan anugerahkan kita akal fikiran kalau tak digunakan sebaiknya..kita tak
bole nak salahkan orang lain.mungkin salah kita jugak subab diri kita sendiri
yang buat orang berubah hati.
so..that all for today..renung-renungkan dan
selamat berdakwah..^.^

Comments
Post a Comment