mimpi aku..|hnya sekadar mainan tidur atau petanda [part1]
assalamualaikum sekali lagi..hai korang (lambai tangan smbil kenyit mate)hahah..salam ukhuwah kpd pembaca semue..hehe..[gye mcm rmai je org nk bce.-_-]
entry Kali ni hanya sekadar suke2 je ehh..insyaAllah tiada kaitan antara yg hidup mahupun yang dah selamat arwah..
ia sekadar cerpen pendek yg direka tika bosan brsulam imaginasi melanda..haha..
soo..let's begin..
"YaAllah.."aku mengucap panjang setelah trsedar dari Lena yang panjang.
melihat kan jam di handfon yang sentiasa mnjadi alarm setiaku untuk bangun bersahur sejakku mnjadi penghuni kolej ini.
'ehh awal lagi ni.. baru pukul empat.macam mana pulak aku boleh trjaga awal ni.'aq monolog sendirian.
aku Cuba mengingatkan kembali punca aku trjaga Dari lenaku.
"mimpi itu"kataku menjawab persoalan yang berlegar sebentar tadi.
Seingatku ini adalah Kali ketiga aku bermimpikan tentangnya..Siapakah dia sebenarnya??Apakah yang dia inginkan daripadaku??Kenapa dia masuk dalam mimpiku selama ini??Pelbagai persoalan mula berlegar diruang fikiranku kini.
Bukan aku tak pernah Cuba mengingati andai aku pernah mengenalinya..tapi aku yakin aku tidak pernah sekalipun mengenalinya apatah lagi bertemu dengannya.
Niat ingin menyambung tidurku kembali tapi bila mengenangkan alang-alang dah terbangun rugi rasanya kalau tidak melakukan qiamulail.Aku bangun Dan terus mengambil wudhu'ku.
selepas selesai wirid ringkasku.aku mula terfikir "why not aku buat solat istikharah sekali alang-alang hati perasaan akal fikiran tengan serabut mengenangkan dek mimpi tadi..
dalam istikharahku aku berdoa
" YaAllah…andai lelaki ITU adalah jodohku maka engkau luruskanlah jalanku untuk brjumpa dengannya kelak.janganlah engkau takdirkan aku brtemu dengannya dengan Cara yang menghampiri zina.sesungguhnya aku tak mampu untuk menaggung beban dosaku kelak…YaAllah andai lelaki ITU bukanlah jodohku maka aku mohon agar engkau hilangkanlah fikiranku daripada mengingatinya Dan engkau hilangkanlah perasaanku yang mungkin wujud untuknya..amin…"
hatiku mulai tenang selepas melakukan istikharahku tadi..niat dihati ingin menyambung tidur yang trganggu tadi tapi akal fikiran mulai membuat projek 'throwback'nya..
aku mulai teringat kembali perihal mimpiku bersama lelaki itu yang kerap Kali berulang.Adakah ini sebuah petanda atau hanya mainan tidur bersulam imaginasiku..
Aku bermimpikan sorang lelaki sama yang aku yakin sama sekali tidak pernah aku kenali sedang memegang tangankanku erat sambil berjalan jalan di tepi sebuah tasik yang tidakku tahu keberadaannya..
sungguh aku trkejut kerana perilakuku di dalam mimpi ITU seolah aku merelakan segala perilaku lelaki itu terhadapku sedang hakikat sebenar dialam realitiku aku sama sekali tidak pernah berjalan rapat berdua bersama lelaki (even cousin aku sendiri) apatah lagi berpegangan tangan..
memang prinsip hidupku sejak Dari dulu yang sentiasa menghadkan jarak antara diriku dan lelaki.bagiku ITU adalah salah satu Cara bagi mengelakkan lahirnya perhubungan atau perasaan sebelum nikah yang bersulamkan zina Dan maksiat semata-mata.
Dalam mimpiku itu aku seolah-olah sangat bahgia berada disampingnya.Hati mula membenarkan segala yang berlaku pasti Ada hikmahnya yang tersendiri.Kakak usrahku pernah memberitahu.
"tak perlu risau dengan ketentuan dalam perhubungan.Kerana apa Tuhan aturkan itu cukup-cukup dengan kita punya kekuatan.Percayalah Allah telah menjanjikan sesuatu yang lebih indah malah lebih daripada itu"
Dan kerana itulah aku bertahan dalam jihad nasfu Dan hati..tidak membenarkan sebarang perasaan yang mungkin menggangu hati yang sedang menanti kekasih halal disisi..(cehh..ayat nak jiwang her.-_-)
hanya setakat INI dahulu yang dapat dikongsikan bersama..it going to be continue..bakal menyusul mimpi aku |takdir disebalik mimpi ITU.[part2]
harap dapat member I sepatah dua komen yang mungkin dapat membantu untik pembaikan.
Comments
Post a Comment