sepurnakah??

tika jari mula menari
terimbas segala kenangan di ingatan
cerita hati ingin dikongsi
sekadar simpanan sebelum hilang ingatan
salah silap mahupun terasa mohon dimaafkan..

ALHAMDULILLAH..yang terutamanya kerana diberikan peluang untuk menulis entri terbaru ni..
sebelum apa apa terjadi pada masa akan datang..ingin sekali aku mencoretkan apa yang terbuku dihati..

ya..aku sedar diriku tidak sempurna dari segala segi..
segala yang berlaku dalam kehidupan mengajarku pelbagai persoalan dan jawapan yang tersendiri..
jatuh bangun ku dalam menempuhi segala rintangan dan cabaran..kehidupan tak selalunya indah..kadang kita diatas kdang kita dibawah..diuiji dengan pelbagai dugaan yang akhirnya buat aku tertekan sendiri..

entri kali ni sebenarnya..aku nak mohon maaf diatas segalanya..segala yang berlaku membuatkan aku sedar yang aku tidak seharusnya berfokus kepada sesuatu yang aku inginkan tetapi lebih kepada memikirkan hal orang lain..
aku minta maaf kepada semua yang terlibat secara langsung atau tak langsung...ya..memang betul kata kau aku tak patut memaksa orang ikut situasi aku tapi sebaliknya aku yang kena memahami orang tu..

kini selepas segala yang berlaku..azam aku nak buka buku baru..yang lama biarkan menjadi lipatan sejarah..mampu atau tidak aku aku lupakan memori tu belakang cerita..yang pasti aku tak mahu istilah dendam atau menyampah atau apa saja yang berkaitan dengannya berlanjutan..aku taknak rasa sakit hati ni nanti menjadi 'canser'dalam hidup aku..aku takkan kacau korang lagi..
hopefully aku diberi peluang dan kekuatan untuk berdepan dengan sesiapa saja yang terlibat dalam permasalahan hidup aku suatu hari nanti..insya ALLAH..



Comments

Popular posts from this blog

IMAGINE A WOMAN ~AN INSPIRATIONAL POEM

kasih ayah sepanjang masa ~I LOVE YOU AYAH~

it just a trowback